dia cepat-cepat menyusun langkah menghala ke bilik guru. kalau boleh dia ingin segera mendengar leteran Cikgu Rozaini samada menasihatinya atau memarahinya. dia tahu niat guru itu baik tetapi dia juga bukannya sengaja melewatkan diri. banyak sungguh halangannya pagi ini. bermula dengan bekalan air yang tiba-tiba sahaja terputus, akibatnya dia hanya mandi 'ala-ala P.Ramlee' . siap berpakaian tanpa sempat bersarapan dia bergegas pula ke kedai Pak Ali menghantar kuih jualan Ma . teguran Pak Ali pun hanya dijawab dengan anggukkan kepala sahaja. tanpa berlengah, dia terus berjalan lagi ke perhentian bas dan menunggu bas untuk ke sekolah. rasanya seperti hendak habis nafas bila menahan bas dan bas itu berlalu tanpa berhenti pun. seperti hendak menangis aja. sakitnya hati. bukan 1 malah sudah 2 buah bas berlalu. Nasib bas yang ke 3 berhenti, itu pun dia terpaksa bersesak dan berdiri betul-betul di atas tangga bas.
' Assalamualaikum cikgu ' tegur Syifa pabila dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Cikgu Rozaini.
' Dah makan?' tanya cikgu Rozaini dan Syifa hanya menggeleng.
' macam ni la Syifa, mulai pagi esok saya tumpangkan kamu, kamu tunggu di tepi jalan pukul 7.15 pagi. saya selalunya sampai depan rumah kamu waktu itu lah.'
' waktu pulang, kamu pulang sendiri..lagi pula bukankah kamu selalu ada kumpulan perbincangan?'
' kamu dengar Syifa?' tanya cikgu Rozaini.
Agaknya mungkin dia ingat aku tidak dengar? mana mungkin..suaranya yang besar dan serak itu sudah cukup kuat untuk rongga telinga ku mendengar.
' baik cikgu, esok pagi-pagi saya tunggu di tepi jalan '
bukan dia tidak malu dengan kawan-kawan, malah dia sendiri segan benar hendak menumpang kereta cikgunya itu tetapi bila dikenang asyik namanya sahaja yang tercatat di dalam buku laporan kelewatan di pondok pengawal itu dia cuba tebalkan muka. tak mengapa sementara waktu sahaja .pujuk hatinya sendiri.
keluar dari bilik guru dia menuju ke kantin. apalah yang tinggal jika waktu rehat pun hanya tinggal 5 minit saja lagi? tergopoh-gopoh dia membeli dan menelan seketul donat. cukuplah sebagai pengalas perut.
@ bersambung @
written by mutiara_CLASSY at 10:47 am
Make a comment Permalink
lambat lagi dia sampai ke sekolah. semua ni gara-gara si Ba'i tu lah. Nyampah! menapak dari pintu pagar sekolah dihalang pula oleh pengawas yang lagaknya mengalahkan polis pencen. Aduh! Syifa, kenapa harus marah-marah.Sabar,sabar. Dia mengingatkan diri sendiri. Selesai menulis nama pada buku dan memberi sebab atas kelewatannya dia menapak lagi memanjat anak tangga untuk ke kelas.
kan, kan dah kata..cikgu Rozaini dah pun mula mengajar.aku nih, selalu begini, asyik mengutip sisa-sisa orang saja hinggakan nak mengutip ilmu pun masih begitu. mengetuk pintu dan memberi salam, semua mata memandang kearahnya. terganggu barangkali.
'Kenapa lambat Syifa?' soal cikgu Rozaini yang juga guru kelasnya.
'bas penuh cikgu, 2 biji bas, satu pun tak berhenti , saya terpaksa tunggu bas awam' katanya.
'Pergi ke tempat awak, dan berdiri di situ'. arah cikgu kelasnya itu tanpa memandang ke arahnya lagi.
Sudahlah penat berdiri di dalam bas belum habis lagi, kini disambung pula dengan berdiri di dalam kelas. Apalah nasib aku ni?
Cikgu Rozaini terus mengajar. Hendak atau tidak dia terus memandang ke hadapan, merenung setiap inci yang keluar dari bibir guru muda itu. Sementelah dia bukanlah pelajar bijak. Maka setiap inci ilmu yang ada harus ditelan sebiji-sebiji dan mencatat apa yang perlu.
' Syifa, nanti waktu rehat datang jumpa saya. Jangan bertangguh ' tegasnya guru muda itu. Gerun hati mendengarnya. Janganlah didendanya aku lagi. Ampun. aku dah penat.
@ bersambung @
written by mutiara_CLASSY at 03:23 pm
Make a comment Permalink
mandi,solat dan makan hanya itu yang dibuat. Sepatutnya masa-masa senggang inilah dia perlu menyelesaikan semua kerja sekolah. Lagipula malam nanti sudah tersedia 'aturcara' wajib yang harus dilakukanya pula : menolong Ma membuat kuih, kuih karipap!
Hidup keluarga mereka yang sederhana. Lalu dia sudah betah menolong Ma. Lagipula mereka bukanlah daripada keluarga orang-orang kaya. Kerja abah sebagai pemandu lori bukanlah banyak sangat gajinya dan Ma tanpa sedikit keluhan pun membantu abah untuk menambah pendapat mereka sekeluarga.Kuih-kuih yang dibuat Ma,dia yang akan menghantarnya ke kedai Pak Ali sebelum menunggu bas untuk ke sekolah.
'Syifa, tolong tutup api air tu' ..oh mengelamun sehingga wisel cerek di sebelah telinga pun tidak didengari. Teruknya aku! gumannya lagi.
'Ma, ubi dah kupas ke? atau Ma nak kaklong ulikan tepung?'
'Kerja sekolah dah siap kaklong?' 'pergi la habiskan dulu, nanti Ma panggil kaklong'
Dia bangun sambil membetulkan lipat seluar yang telah sampai ke paras betis. ' emm..kalau macam tu kaklong buat kerja sekolah dululah..ya ma ' dan Ma mengangguk lembut.
Itulah Ma, mampukah dia setabah Ma, rasanya sebelah kiri badan pun dia tidak seperti Ma yang lembut dan sabar. Dia ingin menjadi seperti Ma..tetapi sifat keras kepalanya itu pula yang dimiliki.
@ bersambung @
written by mutiara_CLASSY at 02:30 pm
Make a comment Permalink
' hantu raya! ' tidak cukup dengan marah-marah sempat lagi dia menendang tayar bas tersebut.
' nasib, aku sempat terjun, kalau tak mahu jugak patah riuk ni ' gumannya yang masih bersisa.Marah sungguh dia pada pemandu bas tersebut, Mahunya tak, belum apa-apa sudah mahu memecut.
Melihat kiri dan kanan jalan,dia terus melintas, berjalan memasuki lorong di antara rumah-rumah itu.
Rumah tok yang terletak di bahu jalan turut dilepasinya,memandang arah rumah tok..ermm tiada orang agaknya, selalu tok menantinya di muka pintu sambil menggulung rokok nipah. tapi hari nih tok pun tak nampak. emmm..balik je lah..kata-kata yg hanya berbisik di hati.
'Assalamualaikum..ma, maa..' orang dah balik nih..maaaa' dia melaung sekuat hati, 'mama nih ke mana pulak, bertandang ke rumah tok su Yah ke.orang balik siapa pun takde, kampung ni aja dah macam di langgar garuda'. cabul aja mulutnya mengomel.
@ bersambung @
written by mutiara_CLASSY at 02:46 pm
Make a comment Permalink
@ mutiara_Classy @
written by mutiara_CLASSY at 12:43 pm
Make a comment Permalink